Jeruk Mempelam Muda ( My Home Made )

Jeruk Mempelam Muda

Mempelam muda ...buang kulitnya...

Selepas itu ikut suka nak potong camne pun...kemudian basuh dan toskan ye..kebersihan harus diutamakan....baru makanan tahan lama ..

Cairkan gula keret/nisan dan juga beberapa sudu gula..ikut sukatan yang anda suka..asalkan nanti rasa manis pedas dan masam seimbang ...

Cili padi , belacan dan sedikit garam..tumbuk sampai lumat....kalau malas blender jelah..tapi tumbuk lagi best.

Hasil tumbukan mautku tadi....

Masukkan hasil tumbukan tadi tu ke dalam manisan yang dah cair..( Yang akan jadi kuah jeruk )

Oh ye..campurkan juga sedikit cili kering yang dah diblender ke dalam kuah jeruk tadi tu...

Then...campurkan hanya sedikit kicap manis kedalam kuah jeruk tadi tu...biarkanlah ia mereneh seketika atas api yang perlahan...

Setelah kuah jeruk tadi tu agak sejuk sedikit...barulah tuangkannya ke dalam mempelam muda yang telah dipotong tadi tu....

Senang aje kan...siap sedia untuk diperap beberapa jam mahupun bermalam-malam.. lagi best...pastu enak dimakan nak naknye jika anda mengidam.....

Char Kuey Teow Kerang

Char Kuey Teow Kerang

Ini adalah antara makanan kegemaran sekeluarga, sempoi tapi berbaloi-baloi untuk dimakan.Buat sendiri letak banyak tauge dan daun kucai yang sedap dan bagus untuk kesihatan...kerang pula enak dimakan..yuuummmmmyuummmm.

Char Kuey Teow yang sedang dibungkus untuk pelanggan-pelanggan ( rakan sepejabatku ) yang telah membuat tempahan dariku...

Tadaaaaa......telah siap sedia untuk diagihkan kepada rakan-rakanku...kalau berminat bolehlah buat tempahan ye...