TOM YAM CAMPUR

TOM YAM CAMPUR

Sediakan juga pelbagai sayuran seperti beberapa labu bawang besar yang dipotong 4,
cendawan butang, lobak merah, bunga kubis, jagung muda ( podok jagung ), batang saderi,
( potong ikut suka hatilah ye )
sedikit lengkuas dan beberapa batang serai ( dititik )cili padi ( lagi banyak lagi meletooppp )
isi ketam..( nak best lagi gantikan dengan udang mahupun sotong )
jangan lupa daun limau purut dan beberapa biji limau kasturi atau limau nipis ( ambil jusnya )..
juga dapatkan pes tom yam adabi dan juga kiub tom yam adabi di pasaran...
kemudian didihkan air kemudian masukkan ayam, pes dan kiub tomyam, lengkuas dan serai serta daun limau purut dan cili padi..
masukkan pula cendawan butang, bawang besar dan semua sayuran tadi...kemudian baru masukkan isi ketam ( yang terjual di pasaran tu lah )..
kemudian masukkan jus limau tadi dan tambahkanlah garam, gula dan serbuk perasa sehingga cukup rasa...

Tom Yam Campur telah siap dimasak.....ready untuk dimakan dengan nasi atau mee atau bihun..atau dimakan begitu saja....



0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.