LAGU KASIH ANTARA KAMI

Tajuk : AISHITERU


video

AISHITERU ( SAYA CINTAKAN AWAK )













dia--mama papa nak tuju lagu kat mama aku--lagu??lagu ape?? die--mama dengar lagu Aishiteru ye..ye mama aku--kenapa papa suh ma dengar lagu tu??? dia--sebab cam kena je ngan kita KAMU--???


video

Meskipun kamu jauh....aku tetap mengingati selalu....percayalah, percayalah.
( InsyaALLAH..papa selagi sesama kita benar benar mahu hidup bersama sampai akhir hayat...tentu antara kita tak mungkin berpaling )
AMIN

Ikan Kelah Masak Tiga Rasa

Ikan Kelah Masak Tiga Rasa


First time seumur hidup ni..( cecah 29 tahun ) dapat merasa ikan kelah...haa..tu pun hasil dari tangkapan Pak Saudara hubby ku semasa kami berada di Kelantan pada musim cuti sekolah bulan Mac 2011...
First time makan aje aku dah suka sangat pada keenakan ikan kelah..dan nak jadi rezeki aku dan hubby...seekor ikan kelah bersaiz besar telah diberi untuk kami bawa pulang ke Pahang...
Setibanya di Pahang...Ikan Kelah dibahagi 2 antara mak mentua dan aku...hehhee..aku dapat bahagian ekor..suka hati....
Hari esoknya aku "mengerjakan" ikan kelah itu...ku siat siat , ku tarik tarik sisiknya yang besar besar..jenuh juga jari jemariku yang comel ini mengerjakannya...kemudian ku potong ikan itu kepada empat bahagian..lalu ku bersihkan dengan perahan limau nipis..tak yakin bau hanyir hilang...ku basuh pula dengan tepung dan juga asam jawa...hehhee..itulah aku...kebersihan nombor satu
Ikan tadi kemudiannya ku goreng terlebih dahulu ( jangan goreng garing nanti hilang kelazatan isi ikan ) ...bila agak kekuningan angkatlah ikan tu dan toskan minyak.
Then ku tumbuk hingga lumat akan bawang kecil , bawang putih dan juga lada kering serta kunyit hidup...
Lalu ku tumis bahan-bahan itu sehingga naik bau wangi lalu ku masukkan sedikit air agar nanti dapatlah reneh lama sikit ikan tu dalam kuahnya..baru rasa dapat disebatikan..
kemudian masukkanlah garam, gula, air asam jawa, sedikit ajinomoto dan sedikit sos cili...
Ikan dimasukkan dan biarkan ia masak bersama kuah tadi sehinggalah kuah tadi menjadi sedikit pekat...
Senangkan...menu siap untuk dihidangkan....

Nasi Goreng Udang

Nasi Goreng Udang


Jom Masak Nasi Goreng Udang...
Tumiskan sehingga naik aroma --- bawang bawang merah kecil, bawang putih serta cili padi yang telah ditumbuk.
Kemudian taburkan sedikit gula pasir dan garam serta sedikit sos tiram sayur-sayuran jenama ADABI
Lalu masukkan pula udang....
Masukkan nasi putih dan taburkan telur dadar hancur yang telah digoreng secara berasingan..
Gaul rata semua bahan-bahan gorengan dan TADAAAAA
Boleh dah makan Nasi Goreng Udang.

MAMEE SLURPP KARI PEDAS BERAPI SPECIAL

Mamee Slurpp Kari Pedas Berapi Special


Anda rasa nak makan Mee Segera ???
Jom kita try masakan ini ...
Bahan-bahan yang diperlukan:
Sebarang jenis mee segera...sama ada...Pama, Cintan, Maggie, Mamee Slurpp dan yang sewaktu dengannya lah...then, beberapa ulas bawang putih dan bawang merah kecil serta beberapa biji cili padi ( tumbuk aje bahan-bahan ni)..Selain itu, jangan lupa sayur-sayuran..ikut suka u all...dan juga penambah kelazatan mee segera ni...sama ada ayam, daging, telur, udang, atau pun sotong...tak lupa juga sedikit kicap manis ....
Seterusnya.....
Cara-cara memasak:
Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga naik aroma
Kemudian masukkan sotong yang telah dibersihkan dan dipotong kepada beberapa bahagian
Masukkan perencah mee segera
Lalu...masukkan pula air untuk kuahnya..biarkan air mendidih
Dan masukkan mee segera
Sayur-sayuran dan sedikit kicap manis dimasukkan setelah mee segera tadi hampir lembut..
sayuran yang segar dapat dikekalkan zat vitaminnya...
so apalagi..dah siap untuk dimakan...


TOM YAM CAMPUR

TOM YAM CAMPUR

Sediakan juga pelbagai sayuran seperti beberapa labu bawang besar yang dipotong 4,
cendawan butang, lobak merah, bunga kubis, jagung muda ( podok jagung ), batang saderi,
( potong ikut suka hatilah ye )
sedikit lengkuas dan beberapa batang serai ( dititik )cili padi ( lagi banyak lagi meletooppp )
isi ketam..( nak best lagi gantikan dengan udang mahupun sotong )
jangan lupa daun limau purut dan beberapa biji limau kasturi atau limau nipis ( ambil jusnya )..
juga dapatkan pes tom yam adabi dan juga kiub tom yam adabi di pasaran...
kemudian didihkan air kemudian masukkan ayam, pes dan kiub tomyam, lengkuas dan serai serta daun limau purut dan cili padi..
masukkan pula cendawan butang, bawang besar dan semua sayuran tadi...kemudian baru masukkan isi ketam ( yang terjual di pasaran tu lah )..
kemudian masukkan jus limau tadi dan tambahkanlah garam, gula dan serbuk perasa sehingga cukup rasa...

Tom Yam Campur telah siap dimasak.....ready untuk dimakan dengan nasi atau mee atau bihun..atau dimakan begitu saja....



ASAM PEDAS REBUS IKAN KERISI

ASAM PEDAS REBUS IKAN KERISI

So simple...jom kita masak....
Beli ikan kerisi yang segar di pasar...bersihkan dan buang sisik ikan...
kemudian sediakan cili kering, bawang kecil dan bawang putih yang ditumbuk lumat...
okey now rebus air sehingga mendidih ...
selepas itu masuk ikan yang telah dibersihkan dan bahan-bahan yang ditumbuk lumat serta beberapa asam keping dan juga halia dan lengkuas yang diketuk sedikit..
masukkan juga bunga kantan serta daun kesum...
tambahkan garam dan sedikit gula sehingga cukup rasa...
rebuslah sehingga ikan masak dan semua rasa telah timbul...orang kata...lengkaplah rasa masam, manis, pedas,masin....
Selesai...