Ikan Kelah Masak Tiga Rasa

Ikan Kelah Masak Tiga Rasa


First time seumur hidup ni..( cecah 29 tahun ) dapat merasa ikan kelah...haa..tu pun hasil dari tangkapan Pak Saudara hubby ku semasa kami berada di Kelantan pada musim cuti sekolah bulan Mac 2011...
First time makan aje aku dah suka sangat pada keenakan ikan kelah..dan nak jadi rezeki aku dan hubby...seekor ikan kelah bersaiz besar telah diberi untuk kami bawa pulang ke Pahang...
Setibanya di Pahang...Ikan Kelah dibahagi 2 antara mak mentua dan aku...hehhee..aku dapat bahagian ekor..suka hati....
Hari esoknya aku "mengerjakan" ikan kelah itu...ku siat siat , ku tarik tarik sisiknya yang besar besar..jenuh juga jari jemariku yang comel ini mengerjakannya...kemudian ku potong ikan itu kepada empat bahagian..lalu ku bersihkan dengan perahan limau nipis..tak yakin bau hanyir hilang...ku basuh pula dengan tepung dan juga asam jawa...hehhee..itulah aku...kebersihan nombor satu
Ikan tadi kemudiannya ku goreng terlebih dahulu ( jangan goreng garing nanti hilang kelazatan isi ikan ) ...bila agak kekuningan angkatlah ikan tu dan toskan minyak.
Then ku tumbuk hingga lumat akan bawang kecil , bawang putih dan juga lada kering serta kunyit hidup...
Lalu ku tumis bahan-bahan itu sehingga naik bau wangi lalu ku masukkan sedikit air agar nanti dapatlah reneh lama sikit ikan tu dalam kuahnya..baru rasa dapat disebatikan..
kemudian masukkanlah garam, gula, air asam jawa, sedikit ajinomoto dan sedikit sos cili...
Ikan dimasukkan dan biarkan ia masak bersama kuah tadi sehinggalah kuah tadi menjadi sedikit pekat...
Senangkan...menu siap untuk dihidangkan....

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.