Selamat Datang Ke Blog " MON & MENU "







Assalamualaikum...dan salam sejahtera,

Blog ini dibina pada 11 Mac 2010 berlandaskan minat dan keinginan yang mendalam untuk menghasilkan satu laman yang membolehkan saya berkongsi pelbagai resepi dan hal-hal berkaitan dengan dapur dan masakan bersama dengan anda semua...

Harapan saya sedikit demi sedikit blog ini akan dipenuhi dengan pelbagai post - post menu yang lazat dan menarik....saya mahu berkongsi bermacam-macam juadah...juga saya berharapan agar suatu masa dapatlah kiranya saya menceburkan diri dalam dunia perniagaan lauk pauk yang ingin dikenali dengan nama " Mon & Menu " Semoga jadi kenyataan dengan berteraskan harapan serta usaha yang berterusan....lagi pulak " berangan tak salah asalkan tahu bertempat..."wah bak lagu nyayian Jay jay lah pulak...ihhiiikksss

Namun..sebarang perkara yang berbaur perkauman, berunsur negatif dan boleh menyebabkan sebarang kemudaratan adalah DILARANG SAMA SEKALI untuk dimuatkan dalam apa cara mahupun apa bentuk sekalipun di laman saya ini, dengan harapan dapat menjamin keselesaan dan kerukunan semua rumpun bangsa dan agama serta negara Malaysia tercinta.

Terima kasih kerana sudi singgah di laman ini...semoga berjumpa lagi.