Ikan Kelah Masak Tiga Rasa

Ikan Kelah Masak Tiga Rasa


First time seumur hidup ni..( cecah 29 tahun ) dapat merasa ikan kelah...haa..tu pun hasil dari tangkapan Pak Saudara hubby ku semasa kami berada di Kelantan pada musim cuti sekolah bulan Mac 2011...
First time makan aje aku dah suka sangat pada keenakan ikan kelah..dan nak jadi rezeki aku dan hubby...seekor ikan kelah bersaiz besar telah diberi untuk kami bawa pulang ke Pahang...
Setibanya di Pahang...Ikan Kelah dibahagi 2 antara mak mentua dan aku...hehhee..aku dapat bahagian ekor..suka hati....
Hari esoknya aku "mengerjakan" ikan kelah itu...ku siat siat , ku tarik tarik sisiknya yang besar besar..jenuh juga jari jemariku yang comel ini mengerjakannya...kemudian ku potong ikan itu kepada empat bahagian..lalu ku bersihkan dengan perahan limau nipis..tak yakin bau hanyir hilang...ku basuh pula dengan tepung dan juga asam jawa...hehhee..itulah aku...kebersihan nombor satu
Ikan tadi kemudiannya ku goreng terlebih dahulu ( jangan goreng garing nanti hilang kelazatan isi ikan ) ...bila agak kekuningan angkatlah ikan tu dan toskan minyak.
Then ku tumbuk hingga lumat akan bawang kecil , bawang putih dan juga lada kering serta kunyit hidup...
Lalu ku tumis bahan-bahan itu sehingga naik bau wangi lalu ku masukkan sedikit air agar nanti dapatlah reneh lama sikit ikan tu dalam kuahnya..baru rasa dapat disebatikan..
kemudian masukkanlah garam, gula, air asam jawa, sedikit ajinomoto dan sedikit sos cili...
Ikan dimasukkan dan biarkan ia masak bersama kuah tadi sehinggalah kuah tadi menjadi sedikit pekat...
Senangkan...menu siap untuk dihidangkan....

Nasi Goreng Udang

Nasi Goreng Udang


Jom Masak Nasi Goreng Udang...
Tumiskan sehingga naik aroma --- bawang bawang merah kecil, bawang putih serta cili padi yang telah ditumbuk.
Kemudian taburkan sedikit gula pasir dan garam serta sedikit sos tiram sayur-sayuran jenama ADABI
Lalu masukkan pula udang....
Masukkan nasi putih dan taburkan telur dadar hancur yang telah digoreng secara berasingan..
Gaul rata semua bahan-bahan gorengan dan TADAAAAA
Boleh dah makan Nasi Goreng Udang.

MAMEE SLURPP KARI PEDAS BERAPI SPECIAL

Mamee Slurpp Kari Pedas Berapi Special


Anda rasa nak makan Mee Segera ???
Jom kita try masakan ini ...
Bahan-bahan yang diperlukan:
Sebarang jenis mee segera...sama ada...Pama, Cintan, Maggie, Mamee Slurpp dan yang sewaktu dengannya lah...then, beberapa ulas bawang putih dan bawang merah kecil serta beberapa biji cili padi ( tumbuk aje bahan-bahan ni)..Selain itu, jangan lupa sayur-sayuran..ikut suka u all...dan juga penambah kelazatan mee segera ni...sama ada ayam, daging, telur, udang, atau pun sotong...tak lupa juga sedikit kicap manis ....
Seterusnya.....
Cara-cara memasak:
Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga naik aroma
Kemudian masukkan sotong yang telah dibersihkan dan dipotong kepada beberapa bahagian
Masukkan perencah mee segera
Lalu...masukkan pula air untuk kuahnya..biarkan air mendidih
Dan masukkan mee segera
Sayur-sayuran dan sedikit kicap manis dimasukkan setelah mee segera tadi hampir lembut..
sayuran yang segar dapat dikekalkan zat vitaminnya...
so apalagi..dah siap untuk dimakan...