MENU SAYUR - SAYURAN

Sayur Campur Serasi Bersama Hirisan
Daging Dan Tauhu Jepun
Bahan-bahan untuk menu kali ini.. sos tiram adabi perisa sayur-sayuran, minyak masak bunga matahari, cendawan tiram, kubis manis, kacang pis segar, daun bawang, tomato, podok jagung dan tauhu jepun..beli je kat pasaraya..bila bila masa yang anda suka..jom kita layan menu nie...

Ade lagi ...daging sebagai sumber protien haiwan...,hiris nipis agar cepat empuk dan sedap dimakan.

Jangan lupa bawang putih, halia muda dan lada kecil...kalau takut pedas gantikan dengan lada besar pun okey juga..

Potongkan tauhu jepun kepada tiga bahagian...terpulang juga pada anda nak bahagikan kepada berapa bahagian...tapi jangan kecil sangat sebab takut cepat hancur pula tauhu yang sangat lembut nie....

Jom...kita mulakan pengembaraan kali ini...start panaskan sedikit minyak masak bunga matahari....

Sambil menantikan minyak panas..kita pecahkan sebiji telur ayam sebiji...sekalikan putih dan kuning telurnya....buangkan lendiran yang agak kenyal tu ye...jaga kebersihan juga...

Nak telur tu lebih melekat pada tauhu...campurkan sedikit tepung jagung dalam telur dan pukul sehingga telur menjadi kembang...letakkan juga sedikit garam agar rasa bertambah enak...time nie saya tak campur tepung jagung coz stok di runah dah habis...

Sessi menggoreng tauhu tadi....pandai-pandai la goreng ye...jangan hangus sudah le...

Hasil gorengan tauhu jepun tanpa campuran tepung jagung...hehhhhhaaa...kira okey la...sila toskan minyak ye...saya tak tos coz guna minyak matahari ...no hal..

Hirisan bawang putih dan halia muda serta belahan lada kecil.....

Mulalah proses menumis bahan-bahan hirisan di atas tadi...tumis hingga naik bau wangi ye...

Bila bahan tumis hampir kekuningan...masukkan daging yang telah dihiris nipis tadi....dan seperti biasa jaga kebersihan,,lalukan daging dengan sedikit air dan tos agar darah daging yang terperap tadi dibersihkan...

Tambahkan sedikit air dan biar daging empuk sepenuhnya...

Tak dilupakan sos tiram sebagai penambah rasa kepada masakan hari ini...

Inilah pilihan pelbagai sayur yang akan menjadi santapan dalam menu ini....

Apabila daging dah empuk..tambahkan garam dan gula dan biarkan seketika sebelum anda masukkan semua sayur-sayuran tadi....

Okey...semua sayuran dah digerong sebati ngan bahan tumisan dan daging...maka siaplah proses masakan kita...jadi susunkan tauhu jepun ke dalam pinggan hidangan dan tuangkan sayuran tadi ke atas tauhu.....

Hasil masakan yang siap untuk dihidangkan....

Ape lagi...senduk nasi dan tambahkan Sayur Campur Serasi Bersama Hirisan Daging Dan Tauhu Jepun..... dan bedal la masakan tadi.....jom...layannnnn.....

MENU SOTONG, KERANG, UDANG DAN KETAM

KERANG REBUS
Mudah sangat menu nie...dapatkan kerang yang segar dari pasar.. pastu bersihkan kotoran pada kerang, letak kerang dalam periuk beserta sedikit saja air, serai yang diketuk , hirisan bawang kecil, sedikit saja garam dan rebuslah hingga kulit kerang sedikit terbuka..ready to eat ....enjoy the food.


SOTONG MASAK KICAP

Juga mudah dan ringkas tetapi lazat.....bahan yang diperlukan, sotong yang dipotong kecil, hirisan-hirisan bawang putih, bawang kecil, halia, serai, cili padi @ cili besar, dan selabu bawang besar yang dipotong bulat...
Tumis hirisan tadi dan apabila agak garing masukkan sotong..kemudian apabila sotong agak empuk masukkan secukupnya kicap manis...tambah la sedikit garam secukup rasa...dan apabila berpuas hati sotong dah empuk dan rasa dah sedap masukkan bawang besar yang dipotong bulat tadi...then padamkan api dapur gas dan hidanglah untuk santapan u all....selamat mencuba...







MENU SOTONG , KERANG, UDANG DAN KETAM

Kerang Rebus



Sotong Masak kicap
Juga mudah dan ringkas tetapi lazat.....bahan yang diperlukan, sotong yang dipotong kecil, hirisan-hirisan bawang putih, bawang kecil, halia, serai, cili padi @ cili besar, dan selabu bawang besar yang dipotong bulat...
Tumis hirisan tadi dan apabila agak garing masukkan sotong..kemudian apabila sotong agak empuk masukkan secukupnya kicap manis...tambah la sedikit garam secukup rasa...dan apabila berpuas hati sotong dah empuk dan rasa dah sedap masukkan bawang besar yang dipotong bulat tadi...then padamkan api dapur gas dan hidanglah untuk santapan u all....selamat mencuba...

MENU IKAN

Ikan Gelama Goreng Sumbat Sambal Cili Buah Kuini
Jom terjah bahan bahan untuk menu ini...sediakan bawang kecil, bawang putih, cili kecil merah, buah kuini muda..( boleh juga gantikan ngan buah macang, mempelam, nenas dan lain-lain )

Tumbuk hingga lumat semua bahan tadi dan tambahkan sedikit kunyit hidup..juga tumbuk hingga lumat key...lupa nak take picture kunyit hidup tadi..

Nah...senang je kan ..dah lumat pun..Then tambahkan garam dan gula secukup rasa...

Sambal ini sangat enak juga dimakan bersama nasi dan ikan bakar...perrrgghhh terliur pulak.

Ikan gelama yang telah dibersihkan...belah belakang dua-dua sisi ikan ye...nanti bak sumbat sambal.( Boleh juga gantikan ngan ikan lain seperti cencaru, kerapu dan ikan kerisi )

Lumurkan sedikit kunyit debu dan garam pada ikan gelama nie...nak kasi ade rasa dan warna cantik pada kulit ikan bila digoreng nanti...

Sekarang kita sumbat sambal tadi di kedua-dua belahan pada ikan tadi..pandai-pandai u all anggarkan banyak mana nak sumbat okey....

Then gunakan pencungkil gigi yang bersih untuk lekatkan bahagian pada belahan agar sambal tak lah terkeluar ngan banyak masa menggoreng nanti....

Bila minyak masak dah benar-benar panas...masukkan ikan yang telah disumbat sambal tadi...tutupkan kuali dan goreng jangan terlalu lama agar ikan yang digoreng menjadi garing tetapi still dapat mengekalkan kelembutan isi ikan.

Balikkan ikan ke bahagian sebelah lagi apabila dah masak bahagian yang mula-mula tadi. Tutupkan kuali juga ye...goreng sekejap saja dah memadai..jangan khuatir kerana ikan cepat masak, tak perlu goreng lama sangat nanti isi ikan menjadi keras..tak best lak...

Kan senang....dah siap pun Ikan Gelama Goreng Sumbat Sambal Buah Kuini...ikan yang sedap lagi garing dan lembut...emmmmm...yuummyyy...

Now acara makan-makan bermula.Bismillahhirrahmanirrahim...tengok suami koi tu...tak dan dan nak makan...tak tahan dah bau masakan aku..hehhehe

Tengok tu..awal awal suami den dah bedal ikan gelama tadi...korang try le resepi nie ye..harap korang enjoy....



Ikan Tamban Goreng

Dapatkan ikan tambang yang segar di pasar ikan dan bersihkan ..buang perutnya.

Kelar-kelar ikan tamban tadi seperti gambar di atas...jadi tulangnya akan terputus dan bila dimakan nanti tak lah rasa tulang ikan .

Lumurkan ikan tamban tadi dengan kunyit debu atau pun kunyit hidup serta garam secukup rasa.

Panaskan minyak masak dan masukkan ikan tamban tadi..goreng sehingga garing ..ohh ye tutupkan kuali ye agar ikan garing tetapi isi nya tak keras....maknanya garing tapi lembut..best tau bila ikan dah sejuk pun isinya masih lembut lagi..

Angkat ikan dari kuali dan toskan seketika.

Ikan Tamban Goreng yang sedia untuk dimakan....selamat menjamu selera.



Masak Lemak Cili Padi Ikan Aji - Aji

Jom terjah apa bahan-bahan yang diperlukan, mudah aje untuk diperolehi ... bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, serai, halia, cili padi dan lada besar..santan kelapa juga ye...

Tumbuk semua bahan dia atas ( kecuali serai dan halia..hanya ketuk sedikit dah memadai... )

Okey then isikan dalam periuk bahan-bahan di atas tadi...pastu masukkan santan kelapa segar yang diperolehi dari sebiji setengah kelapa....renehkan dalam periuk sehingga mendidih dan masukkan 5 ekor ikan aji - aji bersaiz kecil yang telah dipotong dua setiap seekornya, jangan lupa 2 hiris asam keping dan masukkan garam serta gula secukup rasa. Jangan berhenti kacau kuah atau terleka ye...takut kuah akan jadi berserawa . Padamkan api dapur gas apabila ikan dah cukup masak...senang sangat kan...jomlah cuba menu nie..

Dah siap dihidang dalam pinggan untuk menjadi santapan seisi keluarga....

MENU DAGING / AYAM

Ayam Goreng Berempah

Gorengan Ayam Berempah
Bahan - bahan ringkas aje, bawang putih dan bawang merah , halia, serai, lada kering yang telah direbus ( kisar hingga lumat semua bahan ), garam secukup rasa dan sedikit madu sebagai pelengkap rasa disamping mencantikan warna gorengan dan memberi aroma wangi yang menyelerakan...

Ayam Goreng Berempah yang ready untuk dimakan....
" sangat enak dimakan begitu saja " hahhaaa...cam lagu iklan roti gardenia lak ye...

Menu Daging Goreng Halia

Masih dalam kuali...daging yang digoreng dan direneh hingga lembut menggunakan bahan yang cukup ringkas---bawang putih, halia muda ( enak dimakan ), serai, cili padi, sedikit sos tiram (penambah perisa), sedikit serbuk kunyit ( mencantikkan warna), gula dan garam ( secukup rasa ) serta daun bawang ( membangkitkan aroma dan sedap dimakan ). Kadangkala saya perahkan sedikit jus limau kasturi setelah api dapur gas dimatikan agar menambahkan lagi keenakan masakan...itupun bergantung pada selera masa itu...

Daging Goreng Halia ( Stew ) yang dah ready untuk menjadi santapan bersama suamiku....wah...best sangat dimakan dengan nasi yang panas beserta sejug air sirap limau ais.....