Tumis Asam Pedas Ikan Merah

Tumis Asam Pedas Ikan Merah

Jom masak....pergilah beli bendi, tomato dan daun kesum

Sediakan juga bawang kecil, bawang putih, kunyit hidup, lada kering belacannnnn...asam keping dan halia juga ye...lupa fotokan picture halia daaaaaaaa...
( blend je semua bahan di atas kalu malas nak tumbuk...)


Selepas itu panaskan minyak masak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga pecah minyak...

Then, masukkan ikan merah yang telah dibersihkan dan masukkan air untuk dijadikan kuah..pandai-pandailah agak banyak mana air yang diperlukan ye...oh yeee...masukkan juga daun kesum ...

Agak - agak ikan dah masak tu bolehlah masukkan bendi dan tomato

Dah siap lauk Tumis Asam Pedas Ikan Merah...apalagi jom soru......Bismillahhirrahmanirrahim.....



Jeruk Mempelam Muda ( My Home Made )

Jeruk Mempelam Muda

Mempelam muda ...buang kulitnya...

Selepas itu ikut suka nak potong camne pun...kemudian basuh dan toskan ye..kebersihan harus diutamakan....baru makanan tahan lama ..

Cairkan gula keret/nisan dan juga beberapa sudu gula..ikut sukatan yang anda suka..asalkan nanti rasa manis pedas dan masam seimbang ...

Cili padi , belacan dan sedikit garam..tumbuk sampai lumat....kalau malas blender jelah..tapi tumbuk lagi best.

Hasil tumbukan mautku tadi....

Masukkan hasil tumbukan tadi tu ke dalam manisan yang dah cair..( Yang akan jadi kuah jeruk )

Oh ye..campurkan juga sedikit cili kering yang dah diblender ke dalam kuah jeruk tadi tu...

Then...campurkan hanya sedikit kicap manis kedalam kuah jeruk tadi tu...biarkanlah ia mereneh seketika atas api yang perlahan...

Setelah kuah jeruk tadi tu agak sejuk sedikit...barulah tuangkannya ke dalam mempelam muda yang telah dipotong tadi tu....

Senang aje kan...siap sedia untuk diperap beberapa jam mahupun bermalam-malam.. lagi best...pastu enak dimakan nak naknye jika anda mengidam.....

Char Kuey Teow Kerang

Char Kuey Teow Kerang

Ini adalah antara makanan kegemaran sekeluarga, sempoi tapi berbaloi-baloi untuk dimakan.Buat sendiri letak banyak tauge dan daun kucai yang sedap dan bagus untuk kesihatan...kerang pula enak dimakan..yuuummmmmyuummmm.

Char Kuey Teow yang sedang dibungkus untuk pelanggan-pelanggan ( rakan sepejabatku ) yang telah membuat tempahan dariku...

Tadaaaaa......telah siap sedia untuk diagihkan kepada rakan-rakanku...kalau berminat bolehlah buat tempahan ye...

Singgang Ikan Aya @ Ikan Tongkol

Singgang Ikan Aya @ Ikan Tongkol

Jom kenali bahan yang diperlukan. Bawang putih dan kunyit hidup ( hiris ), halia dan lengkuas
( hiris ), lada kecil dan asam keping.

Dapatkan ikan aya @ ikan tongkol yang segar. Bersihkan ikan tersebut.
Didihkan air dan setelah itu masukkan ikan serta taburkan bahan-bahan yang dinyatakan tadi..
Masukan juga garam, gula secukup rasa dan hanya sedikit secubit Ajinomoto jika anda suka...tak perlu bagi saya kerana ikan yang segar dah memadai untuk sedapkan kuah singgang ini...Biarkan pula singgang dimasak dengan api yang kecil..kemudia boleh tutupkan ai dapur gas bila rasa dah puas hati...Ready untuk dihidangkan dan dimakan bersama nasi, sambal mahupun sambal tempoyak dan budu serta ulam-ulaman...enjoy...

Ikan Celup Tepung

Ikan Celup Tepung

Dapatkan ikan segar di pasar dan bersihkan . Saya kelarkan ikan tu supaya isi ikan masak sepenuhnya bile menggoreng nanti.

Yang ini pula ialah bancuhan tepung gandum bersama tepung beras juga sedikit kapur masakan dan sedikit kunyit debu serta garam secukup rasa.Bancuhan jangan terlalu cair, biarkan bancuhan tadi agar dapat melekat pada ikan ye.

Jom sekarang kita celup-celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung...tapi terlebih dahulu panaskan minyak masak ke dalam kuali. Biarkan minyak panas secukupnya baru anda masukkan ikan bersalut tepung tau..supaya gorengan akan jadi rangup...Kalau minyak tak cukup panas nanti gorengan tu akan liat pula..tak best pula.

Ha...nampak minyak yang cukup panas bila kita masukkan ikan bersalut tepung tu akan kelihatan seperti gambar di atas...menggelegak gitu..

Kemudian barulah perlahankan sedikit nyalaan api dapur tu supaya ikan dapat masak dengan sempurna...

Bila dah garing bahagian ikan yang pertama tadi ...pusingkan pula bahagian satu lagi agar turut sama digoreng sehingga garing...Petua masa menggoreng nie tak perlulah goreng terlalu lama...memadai apabila isi ikan masak dan bancuhan tepung dah garing then bolehlah angkat gorengan tu...kalau goreng terlalu lama nanti isi ikan tu jadi keras pula...tak enak.

Nah...ni dia ikan yang sedang ditoskan minyak sejurus saja diangkat dari kuali tadi...

Okey sekarang masa untuk menjamu selera...Ikan Celup Tepung yang enak dimakan bersama sos cili mahupun enak dimakan begitu saja...

Sardin Masak Kari

Sardin Masak Kari

Sediakan bahan-bahan di atas - Bawang kecil, bawang putih, halia dan lada kering yang telah direbus.

Mulakan sessi tumbuk menumbuk ye...agak dah lumat kira okeylah.

Dapatkan santan segar lagi best..tapi baru pulang dari tempat kerja mana nak carinya santan segar time tu....so belasah je la santan kotak.Setin Besar Sardin dan sepeket serbuk kari.

Setelah minyak masak cukup panas, masukkanlah bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk...tumis bahan tersebut.

Agak dah garing sedikit tumisan tadi masukkanlah pula serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air...kacau rata bahan tumisan dan tumislah atas api yang sederhana.

Bila dah kelihatan cukup sempurna tumisan tadi masukkan gula ..pandai-pandai lah agak banyak mana nak letak...ikut selera masing-masing key.

Bancuhkan santan kotak tadi dengan secukup air yang diperlukan ye..kalau suka kuah cair letak air lebih kalau nak pekat pula kurangkan airnya .

Tuangkan bancuhan santan ke dalam bahan tumisan tadi ye...ha...senang je kan..dah hampir separuh siap nie...

Kuah sardin yang telah diasingkan dari isi ikan sardin.

Kuah sardin yang saya asingkan tadi..masukkan ke dalam kuah kari yang sedang dimasak. Biar seketika atas api sederhana.

Sambil-sambil tu bolehlah kita potong terung mengikut patern yang korang suka lah...

Masukkan terung ke dalam kuah tadi.

Jangan lupa sekeping asam dan juga garam secukup rasa untuk seimbangkan rasa masakan...tak perlulah Ajinomoto ye..coz sardin dah banyak bahan perasanya.

Bila dah kelihatan terung tadi separuh lembut, bolehlah masukkan isi ikan sardin..hati-hati agar isinya tak hancur dalam kuah kari tu.

Biarkan isi sardin sebati dalam kuah kari dengan menggunakan api dapur yang sederhana perlahan..agar segala rasa dapat disatukan.

Dah selesai pun...Sardin Masak Kari yang dah ready untuk menjadi santapan semua...

Telur Dadar

Telur Dadar

Jom buat telur dadar..Pecahkan tiga biji telur ayam ke dalam mangkuk yang yang dalam.

Mayang bawang besar dan cili padi atau cili besar.

Pukul telur sehingga kembang dan masukkan garam secukup rasa serta masukkan bawang dan cili yang dihiris tadi...Pukul lagi sehingga sebati semuanya.

Kelihatan telah sebati sepenuhnya..ready untuk digoreng dah ni.
Panaskan sedikit minyak masak.

Masukkan telur tadi dan biarkan kuali di atas api yang sederhana perlahan agar masak dengan sempurna.

Siap pun Telur Dadar..ringkas dan sangat mudah kan..Makan gitu saja pun sooddaaapppp.....