TOM YAM CAMPUR

TOM YAM CAMPUR

Sediakan juga pelbagai sayuran seperti beberapa labu bawang besar yang dipotong 4,
cendawan butang, lobak merah, bunga kubis, jagung muda ( podok jagung ), batang saderi,
( potong ikut suka hatilah ye )
sedikit lengkuas dan beberapa batang serai ( dititik )cili padi ( lagi banyak lagi meletooppp )
isi ketam..( nak best lagi gantikan dengan udang mahupun sotong )
jangan lupa daun limau purut dan beberapa biji limau kasturi atau limau nipis ( ambil jusnya )..
juga dapatkan pes tom yam adabi dan juga kiub tom yam adabi di pasaran...
kemudian didihkan air kemudian masukkan ayam, pes dan kiub tomyam, lengkuas dan serai serta daun limau purut dan cili padi..
masukkan pula cendawan butang, bawang besar dan semua sayuran tadi...kemudian baru masukkan isi ketam ( yang terjual di pasaran tu lah )..
kemudian masukkan jus limau tadi dan tambahkanlah garam, gula dan serbuk perasa sehingga cukup rasa...

Tom Yam Campur telah siap dimasak.....ready untuk dimakan dengan nasi atau mee atau bihun..atau dimakan begitu saja....



ASAM PEDAS REBUS IKAN KERISI

ASAM PEDAS REBUS IKAN KERISI

So simple...jom kita masak....
Beli ikan kerisi yang segar di pasar...bersihkan dan buang sisik ikan...
kemudian sediakan cili kering, bawang kecil dan bawang putih yang ditumbuk lumat...
okey now rebus air sehingga mendidih ...
selepas itu masuk ikan yang telah dibersihkan dan bahan-bahan yang ditumbuk lumat serta beberapa asam keping dan juga halia dan lengkuas yang diketuk sedikit..
masukkan juga bunga kantan serta daun kesum...
tambahkan garam dan sedikit gula sehingga cukup rasa...
rebuslah sehingga ikan masak dan semua rasa telah timbul...orang kata...lengkaplah rasa masam, manis, pedas,masin....
Selesai...


BLACK PAPPER CHICKEN WITH OLIVE OIL

BLACK PAPPER CHICKEN WITH OLIVE OIL

Nak masak ape hari nie???...jom try menu ni. dapatkan ayam segar dan potong ikut suka hati lah....selepas itu bersihkan dahulu ayam tu ngan tepung gandum..(agar bau hanyir ayam hilang) kemudian panaskan sedikit olive oil dan masukkan selabu bawang putih yang telah dicincang atau ditumbuk, hirisan halia muda ( suka hati u all nak banyak mana ..kalau saya suka lebih....sebab suka makan halia muda )..dan 2 batang serai yang telah dititik sedikit....okey masak sehingga ayam setengah masak ...

Then...masukkan pula sos lada hitam ( tumbuk lada hitam selumat-lumatnya dan campurkan sedikit sos tiram )....kalau kurang rajin dapatkanlah sos lada hitam di pasaran....lagi saya tambahkan hanya sedikit madu untuk memberi rasa kepada masakan ini...ada pedas dan manis...jangan lupa taburkan sedikit garam dan serbuk perasa juga ye (sedikit saja)
masak sehingga ayam empuk...

Now...potong bawang besar 2 labu seperti di atas....

Taburkan saja dalam masakan tadi...jangan biarkan bawang lama atas api dapur nanti bawang dah tak fresh..tak rangup..saya suka bawang tu ala ala mentah gitu..manis...

Daun bawang yang telah dipotong ...

Masukkan juga dalam masakan tadi...then padamkan api dapur sementara masakan tadi dikacau rata....

Hmmm...siap dah..apalagi kalau rasa nak makan ngan nasi...dapatkanlah nasi...kalau nak ratah saja pun ...sodappp.....

Tumis Asam Pedas Ikan Merah

Tumis Asam Pedas Ikan Merah

Jom masak....pergilah beli bendi, tomato dan daun kesum

Sediakan juga bawang kecil, bawang putih, kunyit hidup, lada kering belacannnnn...asam keping dan halia juga ye...lupa fotokan picture halia daaaaaaaa...
( blend je semua bahan di atas kalu malas nak tumbuk...)


Selepas itu panaskan minyak masak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga pecah minyak...

Then, masukkan ikan merah yang telah dibersihkan dan masukkan air untuk dijadikan kuah..pandai-pandailah agak banyak mana air yang diperlukan ye...oh yeee...masukkan juga daun kesum ...

Agak - agak ikan dah masak tu bolehlah masukkan bendi dan tomato

Dah siap lauk Tumis Asam Pedas Ikan Merah...apalagi jom soru......Bismillahhirrahmanirrahim.....



Jeruk Mempelam Muda ( My Home Made )

Jeruk Mempelam Muda

Mempelam muda ...buang kulitnya...

Selepas itu ikut suka nak potong camne pun...kemudian basuh dan toskan ye..kebersihan harus diutamakan....baru makanan tahan lama ..

Cairkan gula keret/nisan dan juga beberapa sudu gula..ikut sukatan yang anda suka..asalkan nanti rasa manis pedas dan masam seimbang ...

Cili padi , belacan dan sedikit garam..tumbuk sampai lumat....kalau malas blender jelah..tapi tumbuk lagi best.

Hasil tumbukan mautku tadi....

Masukkan hasil tumbukan tadi tu ke dalam manisan yang dah cair..( Yang akan jadi kuah jeruk )

Oh ye..campurkan juga sedikit cili kering yang dah diblender ke dalam kuah jeruk tadi tu...

Then...campurkan hanya sedikit kicap manis kedalam kuah jeruk tadi tu...biarkanlah ia mereneh seketika atas api yang perlahan...

Setelah kuah jeruk tadi tu agak sejuk sedikit...barulah tuangkannya ke dalam mempelam muda yang telah dipotong tadi tu....

Senang aje kan...siap sedia untuk diperap beberapa jam mahupun bermalam-malam.. lagi best...pastu enak dimakan nak naknye jika anda mengidam.....

Char Kuey Teow Kerang

Char Kuey Teow Kerang

Ini adalah antara makanan kegemaran sekeluarga, sempoi tapi berbaloi-baloi untuk dimakan.Buat sendiri letak banyak tauge dan daun kucai yang sedap dan bagus untuk kesihatan...kerang pula enak dimakan..yuuummmmmyuummmm.

Char Kuey Teow yang sedang dibungkus untuk pelanggan-pelanggan ( rakan sepejabatku ) yang telah membuat tempahan dariku...

Tadaaaaa......telah siap sedia untuk diagihkan kepada rakan-rakanku...kalau berminat bolehlah buat tempahan ye...

Singgang Ikan Aya @ Ikan Tongkol

Singgang Ikan Aya @ Ikan Tongkol

Jom kenali bahan yang diperlukan. Bawang putih dan kunyit hidup ( hiris ), halia dan lengkuas
( hiris ), lada kecil dan asam keping.

Dapatkan ikan aya @ ikan tongkol yang segar. Bersihkan ikan tersebut.
Didihkan air dan setelah itu masukkan ikan serta taburkan bahan-bahan yang dinyatakan tadi..
Masukan juga garam, gula secukup rasa dan hanya sedikit secubit Ajinomoto jika anda suka...tak perlu bagi saya kerana ikan yang segar dah memadai untuk sedapkan kuah singgang ini...Biarkan pula singgang dimasak dengan api yang kecil..kemudia boleh tutupkan ai dapur gas bila rasa dah puas hati...Ready untuk dihidangkan dan dimakan bersama nasi, sambal mahupun sambal tempoyak dan budu serta ulam-ulaman...enjoy...