Singgang Ikan Aya @ Ikan Tongkol

Singgang Ikan Aya @ Ikan Tongkol

Jom kenali bahan yang diperlukan. Bawang putih dan kunyit hidup ( hiris ), halia dan lengkuas
( hiris ), lada kecil dan asam keping.

Dapatkan ikan aya @ ikan tongkol yang segar. Bersihkan ikan tersebut.
Didihkan air dan setelah itu masukkan ikan serta taburkan bahan-bahan yang dinyatakan tadi..
Masukan juga garam, gula secukup rasa dan hanya sedikit secubit Ajinomoto jika anda suka...tak perlu bagi saya kerana ikan yang segar dah memadai untuk sedapkan kuah singgang ini...Biarkan pula singgang dimasak dengan api yang kecil..kemudia boleh tutupkan ai dapur gas bila rasa dah puas hati...Ready untuk dihidangkan dan dimakan bersama nasi, sambal mahupun sambal tempoyak dan budu serta ulam-ulaman...enjoy...

Ikan Celup Tepung

Ikan Celup Tepung

Dapatkan ikan segar di pasar dan bersihkan . Saya kelarkan ikan tu supaya isi ikan masak sepenuhnya bile menggoreng nanti.

Yang ini pula ialah bancuhan tepung gandum bersama tepung beras juga sedikit kapur masakan dan sedikit kunyit debu serta garam secukup rasa.Bancuhan jangan terlalu cair, biarkan bancuhan tadi agar dapat melekat pada ikan ye.

Jom sekarang kita celup-celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung...tapi terlebih dahulu panaskan minyak masak ke dalam kuali. Biarkan minyak panas secukupnya baru anda masukkan ikan bersalut tepung tau..supaya gorengan akan jadi rangup...Kalau minyak tak cukup panas nanti gorengan tu akan liat pula..tak best pula.

Ha...nampak minyak yang cukup panas bila kita masukkan ikan bersalut tepung tu akan kelihatan seperti gambar di atas...menggelegak gitu..

Kemudian barulah perlahankan sedikit nyalaan api dapur tu supaya ikan dapat masak dengan sempurna...

Bila dah garing bahagian ikan yang pertama tadi ...pusingkan pula bahagian satu lagi agar turut sama digoreng sehingga garing...Petua masa menggoreng nie tak perlulah goreng terlalu lama...memadai apabila isi ikan masak dan bancuhan tepung dah garing then bolehlah angkat gorengan tu...kalau goreng terlalu lama nanti isi ikan tu jadi keras pula...tak enak.

Nah...ni dia ikan yang sedang ditoskan minyak sejurus saja diangkat dari kuali tadi...

Okey sekarang masa untuk menjamu selera...Ikan Celup Tepung yang enak dimakan bersama sos cili mahupun enak dimakan begitu saja...

Sardin Masak Kari

Sardin Masak Kari

Sediakan bahan-bahan di atas - Bawang kecil, bawang putih, halia dan lada kering yang telah direbus.

Mulakan sessi tumbuk menumbuk ye...agak dah lumat kira okeylah.

Dapatkan santan segar lagi best..tapi baru pulang dari tempat kerja mana nak carinya santan segar time tu....so belasah je la santan kotak.Setin Besar Sardin dan sepeket serbuk kari.

Setelah minyak masak cukup panas, masukkanlah bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk...tumis bahan tersebut.

Agak dah garing sedikit tumisan tadi masukkanlah pula serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air...kacau rata bahan tumisan dan tumislah atas api yang sederhana.

Bila dah kelihatan cukup sempurna tumisan tadi masukkan gula ..pandai-pandai lah agak banyak mana nak letak...ikut selera masing-masing key.

Bancuhkan santan kotak tadi dengan secukup air yang diperlukan ye..kalau suka kuah cair letak air lebih kalau nak pekat pula kurangkan airnya .

Tuangkan bancuhan santan ke dalam bahan tumisan tadi ye...ha...senang je kan..dah hampir separuh siap nie...

Kuah sardin yang telah diasingkan dari isi ikan sardin.

Kuah sardin yang saya asingkan tadi..masukkan ke dalam kuah kari yang sedang dimasak. Biar seketika atas api sederhana.

Sambil-sambil tu bolehlah kita potong terung mengikut patern yang korang suka lah...

Masukkan terung ke dalam kuah tadi.

Jangan lupa sekeping asam dan juga garam secukup rasa untuk seimbangkan rasa masakan...tak perlulah Ajinomoto ye..coz sardin dah banyak bahan perasanya.

Bila dah kelihatan terung tadi separuh lembut, bolehlah masukkan isi ikan sardin..hati-hati agar isinya tak hancur dalam kuah kari tu.

Biarkan isi sardin sebati dalam kuah kari dengan menggunakan api dapur yang sederhana perlahan..agar segala rasa dapat disatukan.

Dah selesai pun...Sardin Masak Kari yang dah ready untuk menjadi santapan semua...

Telur Dadar

Telur Dadar

Jom buat telur dadar..Pecahkan tiga biji telur ayam ke dalam mangkuk yang yang dalam.

Mayang bawang besar dan cili padi atau cili besar.

Pukul telur sehingga kembang dan masukkan garam secukup rasa serta masukkan bawang dan cili yang dihiris tadi...Pukul lagi sehingga sebati semuanya.

Kelihatan telah sebati sepenuhnya..ready untuk digoreng dah ni.
Panaskan sedikit minyak masak.

Masukkan telur tadi dan biarkan kuali di atas api yang sederhana perlahan agar masak dengan sempurna.

Siap pun Telur Dadar..ringkas dan sangat mudah kan..Makan gitu saja pun sooddaaapppp.....

MENU NASI GORENG

Menu Nasi Goreng Ikan Bilis

Hujung minggu mulut nie berbagai ragam mahunye...nak makan ini...nak makan itu...akhirnya buat ajelah nasi goreng sementara menunggu kehadiran malam..dan harap malam pula dapat makan dadih yang dibuat petang tadi... So simple bahan2 nye, bawang putih, bawang kecil, serai, cili kecil merah,ikan bilis dan kunyit hidup.

Saya suka gunakan lesung batu untuk tumbuk bahan2 tadi but jangan tumbuk lumat , biar hancur sikit je...coz nak buat nasi goreng tak sedap kalau lumat..nanti tak rase kemanisan dan keenakan bahan2 tadi...

Agak-agak hancur sikit cam ne dah boleh stop " menumbuk".....

Nasi putih yang saya masak waktu pagi tadi inilah yang akan jadi mangsa gorengan pada petang nie....apepun sessi relai - merelaikan dulu nasi tu....ohh ye time nie la saya gaulkan garam secukup rase ke dalam nasi yang direlai nie...saya suka camnie coz garam akan rata sepenuhnya...and kalau kurang masin time dah goreng nanti boleh juga tambah sikit kemudian...

Sebelum kuali digunakan untuk menumis bahan - bahan yang telah dibalun cukup-cukup tadi...gorenglah dulu telur mata....ha...lepas tu bolehlah tumiskan bahan2 tadi ye...( lupe nak shoot gambar semasa menumis tadi ) korang bayangkan sendiri lah ye...

Bile dah naik bau wangi bahan2 tumisan tadi so masukkanlah nasi yang dileraikan tadi...

Bermulalah sessi rata-meratakan bahan-bahan gorengan...kecilkan api agar nasi dapat digoreng
lama sedikit agar adalah maknanya perkataan ' nasi goreng' tu

Sementara biarkan nasi tadi atas nyalaan api yang kecil...potongkan kacang panjang

Taburkan kacang panjang yang dipotong tu ye...

Sessi rata - meratakan keseluruhan bahan-bahan yang berada dalam kuali tu....

Nasi goreng yang siap untuk diangkat untuk hidangan.....

Wah...best nie kalau makan ngan kicap manis cap kipas udang...emmm sure ....

Nasi goreng yang akan masuk ke dalam mulut serta perutku....yuuummmyyyy

MENU MANISAN / PENCUCI MULUT

Durian Pilihan Ku
Buah durian pilihan ku...pandai kan ..dapat yang kuning menyala gitu...sodapppp



Ice Cream BerOreo
Jom makan ice cream...dapatkan biskut Oreo

Dapatkan juga Ice Cream ..ikut korang le nak perisa apa..

Letakkan ice cream dalam mangkuk puding.

Taburkan sedikit serbuk Milo ke atas ice cream

Taburkan pula biskut Oreo yang dihancurkan sedikit...Siap...jom makan....



Menu Dadih Pelbagai Perisa
Dadih serbuk yang biasa ku guna dalam pembuatan dadih.....pilihlah perisa laici coz dengan perisa nie korang leh bancuhkan dengan pelbagai lagi perisa lain....so jimat, ringkas dan mudah...

Susu Ideal pilihanku...

Perisa yang pelbagai...Double Lion pilihanku...

Buah laici untuk dadih perisa laici....best lagi kalau tambah laici...

Daripada tidur petang minggu nie ku luangkan masa buat dadih...leh buat stok 3 hari ..best gak makan dadih time musim panas nie...jom kite buat dadih...renehkan 3 ke 4 liter air paip..., masukkan 14 sudu besar gula biasa, biarkan air mendidih...then tutup terus nyalaan api dapur gas..kemudian masukkan susu cair...kacau rata ye,...

Masukkan pula dadih...juga kacau dengan rata...

Sessi membancuh perisa yang disukai....saya ngan husband paling suka perisa jagung...sehati sejiwa gitu...

Sessi menuang bancuhan ke dalam bekas yang disediakan..

Masukkan buah laici ke dalam dadih yang berperisa laici....

Susun cantik-cantik dalam peti ais...dah ready nanti kite minum dulu.......