Singgang Ikan Aya @ Ikan Tongkol

Singgang Ikan Aya @ Ikan Tongkol

Jom kenali bahan yang diperlukan. Bawang putih dan kunyit hidup ( hiris ), halia dan lengkuas
( hiris ), lada kecil dan asam keping.

Dapatkan ikan aya @ ikan tongkol yang segar. Bersihkan ikan tersebut.
Didihkan air dan setelah itu masukkan ikan serta taburkan bahan-bahan yang dinyatakan tadi..
Masukan juga garam, gula secukup rasa dan hanya sedikit secubit Ajinomoto jika anda suka...tak perlu bagi saya kerana ikan yang segar dah memadai untuk sedapkan kuah singgang ini...Biarkan pula singgang dimasak dengan api yang kecil..kemudia boleh tutupkan ai dapur gas bila rasa dah puas hati...Ready untuk dihidangkan dan dimakan bersama nasi, sambal mahupun sambal tempoyak dan budu serta ulam-ulaman...enjoy...

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.