MENU SINGGANG

Menu Singgang Ikan Pelaling

Jom kenali bahan yang diperlukan. Bawang putih dan kunyit hidup ( hiris ), halia dan lengkuas
( hiris ), lada kecil dan asam keping.


Ikan pelaling yang segar. Bersihkan ikan tersebut, buang sisik dan perut ikan.

Didihkan air dan setelah itu masukkan ikan serta taburkan bahan-bahan yang dinyatakan tadi..

Masukan juga garam, gula secukup rasa dan hanya sedikit secubit Ajinomoto jika anda suka...tak perlu bagi saya kerana ikan yang segar dah memadai untuk sedapkan kuah singgang ini...Biarkan pula singgang dimasak dengan api yang kecil..kemudia boleh tutupkan ai dapur gas bila rasa dah puas hati...Ready untuk dihidangkan dan dimakan bersama nasi, sambal mahupun sambal tempoyak dan budu serta ulam-ulaman...enjoy...



Menu Singgang Daging

Menu hari ini singgang daging kegemaran suami tersayang....ringkas juga bahannya..jom kite terjah!!! Hanya perlukan minat dan bahan seperti berikut: Tentunya daging yang segar, halia, lengkuas, bawang puth, bawang kecil, lada kering, asam keping, biji ketumbar, sedikit pati bilis, gula dan garam secukup rasa, dan sedikit ajinomoto jika anda suka...tak susah pun rebuskan sahaja kesemuanye hingga daging empuk dan sedia dihidang bersama nasi panas, budu atau sambal cili padi beserta ulam raja@ petai segar mahupun jeruk@jantung pisang yang dicelur dan berbagai ulam kesukaan korang lah......wah ...pecah air liur aku....

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.