MENU IKAN

Ikan Gelama Goreng Sumbat Sambal Cili Buah Kuini
Jom terjah bahan bahan untuk menu ini...sediakan bawang kecil, bawang putih, cili kecil merah, buah kuini muda..( boleh juga gantikan ngan buah macang, mempelam, nenas dan lain-lain )

Tumbuk hingga lumat semua bahan tadi dan tambahkan sedikit kunyit hidup..juga tumbuk hingga lumat key...lupa nak take picture kunyit hidup tadi..

Nah...senang je kan ..dah lumat pun..Then tambahkan garam dan gula secukup rasa...

Sambal ini sangat enak juga dimakan bersama nasi dan ikan bakar...perrrgghhh terliur pulak.

Ikan gelama yang telah dibersihkan...belah belakang dua-dua sisi ikan ye...nanti bak sumbat sambal.( Boleh juga gantikan ngan ikan lain seperti cencaru, kerapu dan ikan kerisi )

Lumurkan sedikit kunyit debu dan garam pada ikan gelama nie...nak kasi ade rasa dan warna cantik pada kulit ikan bila digoreng nanti...

Sekarang kita sumbat sambal tadi di kedua-dua belahan pada ikan tadi..pandai-pandai u all anggarkan banyak mana nak sumbat okey....

Then gunakan pencungkil gigi yang bersih untuk lekatkan bahagian pada belahan agar sambal tak lah terkeluar ngan banyak masa menggoreng nanti....

Bila minyak masak dah benar-benar panas...masukkan ikan yang telah disumbat sambal tadi...tutupkan kuali dan goreng jangan terlalu lama agar ikan yang digoreng menjadi garing tetapi still dapat mengekalkan kelembutan isi ikan.

Balikkan ikan ke bahagian sebelah lagi apabila dah masak bahagian yang mula-mula tadi. Tutupkan kuali juga ye...goreng sekejap saja dah memadai..jangan khuatir kerana ikan cepat masak, tak perlu goreng lama sangat nanti isi ikan menjadi keras..tak best lak...

Kan senang....dah siap pun Ikan Gelama Goreng Sumbat Sambal Buah Kuini...ikan yang sedap lagi garing dan lembut...emmmmm...yuummyyy...

Now acara makan-makan bermula.Bismillahhirrahmanirrahim...tengok suami koi tu...tak dan dan nak makan...tak tahan dah bau masakan aku..hehhehe

Tengok tu..awal awal suami den dah bedal ikan gelama tadi...korang try le resepi nie ye..harap korang enjoy....



Ikan Tamban Goreng

Dapatkan ikan tambang yang segar di pasar ikan dan bersihkan ..buang perutnya.

Kelar-kelar ikan tamban tadi seperti gambar di atas...jadi tulangnya akan terputus dan bila dimakan nanti tak lah rasa tulang ikan .

Lumurkan ikan tamban tadi dengan kunyit debu atau pun kunyit hidup serta garam secukup rasa.

Panaskan minyak masak dan masukkan ikan tamban tadi..goreng sehingga garing ..ohh ye tutupkan kuali ye agar ikan garing tetapi isi nya tak keras....maknanya garing tapi lembut..best tau bila ikan dah sejuk pun isinya masih lembut lagi..

Angkat ikan dari kuali dan toskan seketika.

Ikan Tamban Goreng yang sedia untuk dimakan....selamat menjamu selera.



Masak Lemak Cili Padi Ikan Aji - Aji

Jom terjah apa bahan-bahan yang diperlukan, mudah aje untuk diperolehi ... bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, serai, halia, cili padi dan lada besar..santan kelapa juga ye...

Tumbuk semua bahan dia atas ( kecuali serai dan halia..hanya ketuk sedikit dah memadai... )

Okey then isikan dalam periuk bahan-bahan di atas tadi...pastu masukkan santan kelapa segar yang diperolehi dari sebiji setengah kelapa....renehkan dalam periuk sehingga mendidih dan masukkan 5 ekor ikan aji - aji bersaiz kecil yang telah dipotong dua setiap seekornya, jangan lupa 2 hiris asam keping dan masukkan garam serta gula secukup rasa. Jangan berhenti kacau kuah atau terleka ye...takut kuah akan jadi berserawa . Padamkan api dapur gas apabila ikan dah cukup masak...senang sangat kan...jomlah cuba menu nie..

Dah siap dihidang dalam pinggan untuk menjadi santapan seisi keluarga....

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.