Sayur Campur Serasi Bersama Hirisan
Daging Dan Tauhu Jepun
Bahan-bahan untuk menu kali ini.. sos tiram adabi perisa sayur-sayuran, minyak masak bunga matahari, cendawan tiram, kubis manis, kacang pis segar, daun bawang, tomato, podok jagung dan tauhu jepun..beli je kat pasaraya..bila bila masa yang anda suka..jom kita layan menu nie...Jangan lupa bawang putih, halia muda dan lada kecil...kalau takut pedas gantikan dengan lada besar pun okey juga..
Potongkan tauhu jepun kepada tiga bahagian...terpulang juga pada anda nak bahagikan kepada berapa bahagian...tapi jangan kecil sangat sebab takut cepat hancur pula tauhu yang sangat lembut nie....
Sambil menantikan minyak panas..kita pecahkan sebiji telur ayam sebiji...sekalikan putih dan kuning telurnya....buangkan lendiran yang agak kenyal tu ye...jaga kebersihan juga...
Nak telur tu lebih melekat pada tauhu...campurkan sedikit tepung jagung dalam telur dan pukul sehingga telur menjadi kembang...letakkan juga sedikit garam agar rasa bertambah enak...time nie saya tak campur tepung jagung coz stok di runah dah habis...
Hasil gorengan tauhu jepun tanpa campuran tepung jagung...hehhhhhaaa...kira okey la...sila toskan minyak ye...saya tak tos coz guna minyak matahari ...no hal..
Bila bahan tumis hampir kekuningan...masukkan daging yang telah dihiris nipis tadi....dan seperti biasa jaga kebersihan,,lalukan daging dengan sedikit air dan tos agar darah daging yang terperap tadi dibersihkan...
Apabila daging dah empuk..tambahkan garam dan gula dan biarkan seketika sebelum anda masukkan semua sayur-sayuran tadi....
Okey...semua sayuran dah digerong sebati ngan bahan tumisan dan daging...maka siaplah proses masakan kita...jadi susunkan tauhu jepun ke dalam pinggan hidangan dan tuangkan sayuran tadi ke atas tauhu.....
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.